Saturday, September 12, 2009

jalur lebar

jam menunjukkan pukul 12.41..aku masih terlantar lesu di atas katil bila mendengar ibu memanggil....

"Syah!! cpatla ni cakap ngan abah ape yang rosak broadband ni!"

aduh..kepala terasa berat, badan terasa malas. namun kerana broadband perlu dibetulkan, aku gagahkan diri juga. Dengan penuh lesu aku mengorak langkah keluar bilik. pintu dikuak. di depan bilik aku melihat ayahku berada di depanku, memegang broadband ku yang telah jahanam. terpisat-pisat, aku mendekatinya.

"Huhm??"!dengus ayahku.

lantas aku menerangkan tentang keadaan broadband ku yang jauh di sudut hatiku, aku tau, mmg takkan dapat dibaiki...
ayahku lalu berpaling dan menuju ke luar, ke celcom centre agaknya. aku kembali ke bilik membuai mimpi. namun, matahari tegak, kepalaku berdenyut-denyut, aku bingkas ke dapur menjenguk ibuku yang sedang membuat persiapan meniaga.

Beberapa minit kemudian, ayahku kembali. dia tidak berkata apa-apa dan aku tidak mengharapkan apa-apa. Aku tegar keluar masuk rumah, saja membuang masa, menyibuk melihat ibuku membuat kerjanya. Bosan melihat, aku masuk ke rumah lalu berselisih dengan ayahku yang hendak keluar.Namun sebelum dia keluar, dia menunduk dan mendengus mencapai sebuah beg di tepi pintu. beg yang kelihatan seolah-olah beg yang kite dapat kalau beli handphone.
"mesti ade kene mngene ngan broadband nih......" getus hatiku.namun, aku masih tidak mengharap apa-apa.Tiba-tiba, ayahku memanggil dari luar.

"Nah! amek nih! due ratus *smthng2*! jawab2!!..eysh..."

"eyh? ah??"aku kebingungan dan terlihat sebentuk benda yang berkilauan diunjukkan kepadaku. tanpa perlu memikirkannya, dengan sekali pandang aku tahu apa yang berada di celah jari ayahku itu. hatiku melompat kegirangan.

"eh? baru ea?" ibuku mencelah dan terjenguk-jenguk.

"yela..tak boleh betul..."

"ooOooOooooo........"ibuku tersengih dengan penuh bermakna.

"nah, amek ni.cucuk je dlm komputer pastu die setting sendiri." ayahku mengarah sambil mengunjuk broadband yang berwarna biru tua itu kepadaku. aku mencapai sambil tersengih-sengih lantas menghilangkan diri ke dalam bilik.........








YEEHAA........!!
p/s:how's my attempt in writing novel-like malay??=D