Thursday, October 25, 2012

rintihan seorang hamba

Allah menguji orang-orang beriman kerana Allah hendak memberi mereka syurga. Allah memberi ujian tanda Allah sayang dan sedang memberi perhatian.

Allah suka hamba-hambaNya yang berdoa kepadaNya. Allah mahu aku doa lagi. Allah suka dengar doa aku. Mungkin dengan memberi apa yang aku mahu, aku tidak lagi mahu berdoa? Jadi sebab Allah sayang sangat padaku, dan Allah tak nak jauh hubungan aku denganNya, Allah nak beri aku ganjaran yang sangat-sangat banyak melalui sabar, tawakkal dan kebergantungan kepada Allah, maka Allah tahan dulu doaku.

Allah tidak memungkiri janji. Allah PASTI memakbulkan doaku. Apa yang harus aku lakukan hanyalah berdoa dan jangan pernah putus asa. Jangan penat, jangan berhenti. Terus-menerus meminta. Yang selebihnya terpulang kepada Allah, hendak dimakbulkan dengan segera, lambat, atau menggantikan dengan yang lain. Itu hak Allah. Tapi ingatlah, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Allah tidak akan mengecewakan hamba-hambaNya yang berusaha. Allah tidak menzalimi hambaNya.

Ingatlah Aisyah, di setiap ingatanmu untuk berdoa, di setiap ilham kamu untuk berdoa, di setiap itulah Allah sedang mengingatimu. Di setiap kali nama Allah kau sebut, setiap itulah Allah menyebut namamu.

Ya Allah, Ya Allah! Ya Allah, Ya Allah!

''Ya Aisyah..Ya Aisyah. Ya Aisyah..Ya Aisyah!''

''Aku dekat dan sungguh pertolonganKu sangat dekat. Sabarlah Aisyah, Aku sedang merancang yang terbaik untukmu. Aku sayang padamu. Berdoalah padaKu, Aku rindu mendengar rintihanmu. Datanglah kepadaKu, mengadulah padaKu, mintalah padaKu, Aku akan beri.''

''Ya Aisyah, Aku tahu, Aku dengar, Aku ada''

Ya Allah, Ya Allah! Ya Allah, Ya Allah!

Ampunkan dosa-dosaku! Hanya kepada-Mulah tempat aku mengadu. Kaulah Tuhan, tiada Tuhan melainkan Engkau. Siapalah yang mengetahui jiwa dan ragaku melainkan Engkau. Engkaulah Tuham Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui. Kaulah sebaik-baik pelindung, sebaik-baik penolong. Kaulah satu-satunya harapan dan sandaranku. Kaulah Tuhan, pemilik langit dan bumi dan segala isinya. Kaulah Pencipta alam semesta. KuasaMu tiada batasan dan tolok tanding. Kaulah yang menghidupkan yang mati, mematikan yang hidup dan menghidupkan semula yang telah mati. Engkau raja manusia, raja segala raja, milik-Mulah segala kerajaan langit dan bumi. Tiada sesuatu pun yang berlaku melainkan dengan izinMu ya Allah.

Kaulah yang berkuasa atas setiap sesuatu. Kaulah yang berkuasa menterbalikkan bumi, membelah lautan dan meratakan bumi kembali kepada asal. Kaulah pemilik hidayah, pemegang hati-hati dan ubun-ubun kami. Ya Allah, aku hambaMu, janganlah Kau tinggalkan aku walau kadar kurang dari sedetik pun. Bagaimana aku mampu hidup tanpa rahmat dan petunjukMu ya Allah.

Ya Allah, Engkaulah tuhan yang berfirman ''Jadi, maka Jadilah''. Permudahkanlah urusanku, capaikanlah hajatku, tunaikanlah cita-citaku, perkenankanlah permintaanku, makbulkanlah doaku. Ya Allah, berikanlah aku rezeki dari arah yang aku duga dan tidak aku duga. Sunguh, Engkaulah maha berkuasa atas segalanya.

Allah menguji hamba-hamba yang beriman kerana Allah hendak memberi mereka syurga.

Aku sedang diuji, maka bergembiralah! Allah sedang perhatikan saya, menilai saya kerana saya calon syurga!

Matlamat hidup untuk mencapai redha Allah, rahmat Allah supaya kelak hidup di akhirat senang dan bahagia. Akhiratlah kebahagiaan yang abadi, yang hakiki.

Adakah perhiasan dunia, yang akan hilang dan tidak mampu membantuku di padang Mahsyar nanti menjadi matlamatku? Atau adakah redha dan rahmat Allah yang membolehkan aku senang-lenang dan bahagia dengan nikmat yang kekal abadi di sisi Pemilikku yang menjadi impianku? Bagaimana?

Adakah aku mahu menjadi orang-orang yang rugi, yang menolak nikmat abadi untuk nikmat semnetara, atau adakah aku ingin menjadi orang yang Allah beri kemenangan yang gilang-gemilang? Bagaimana?

Adakah aku ingin menjadi bodoh, pekak dan buta? atau adakah aku ingin menjadi orang yang berfikir?



p/s: dialog hanyalah dari lubuk hati dan nurani sendiri, tentu sekali bukan secara zahir tapi dari hati yang dekat dan merasa seolah-olah sedang berbicara dengan Sang Pencipta itu sendiri.