Friday, September 11, 2015

Thoughts for food

Banyak pulak thoughts sambil layan megi goreng ayam kat mamak tadi. Nak luah kat twitter, awkward pulak. Orang terpaksa 'dengar'.

Masa aku kat KMB dulu, ada satu masa ni balik daripada Alamanda kitorang naik satu teksi. Turns out, driver dia adik akhil khay (or macam mana pun lah eja nama dia). Dia cerita la macam-macam. The fact that dia kerja jadi driver teksi sebab nak berdakwah. Dia cakap pasal Allah, pasal segala dalam perjalanan yang berzikir pada Allah dan ape tah lagi. Taktau la korang bayangkan macam mana, orang pakai kopiah ke apa. Tapi bayangkan akhil khay yg rambut panjang mcm sempoi2 tu, tapi adik dia, pastu macam tipikal driver teksi muda pastu berdakwah. Macam err.. kitorang pun layankan jela, bukan kitorang ni hati rebellious pun.

Pastu dia cakap pasal raut wajah. Kau tahu kan kalau ustaz-ustaz ni selalu diorang tahu pasal raut wajah. Kening macamni perangai camnila, hidung camni jodoh camnila..contoh je. Bukan aku tahu pun. And then dia start go through kitorang one by one. Masetu of course la cuak kan, sape tak cuak orang baca raut wajah macam membaca rahsia kita pulak. Most of apa yang dia cakap tu kitorang gelak je. lol. Sambil-sambil nervous. Bila sampai kat aku, dia cakap: "Haa yang ni mesti warak ni." Satu teksi gelak. Konghajo. haha. Tapi aku pun mak aihh memang tak la, aku yg degil2 ni kerja maki orang je.

Tapi sekurang-kurangnya masa kmb dulu aku mampu untuk selalu bangun solat malam..

Aku selalu fikirkan benda tu, every now and then, aku akan teringat balik. Yela, siapa tak nak rasa special di sisi Tuhan kan. Lagi-lagi kalau muda-muda kau belum start berjuang apa, masih berjoli ber-enjoy orang dah cakap raut wajah kau muka orang warak.

Masetu aku gelak, sebab pada fahaman aku waktu tu 'warak' ni macam alim, beribadah, ustaz-ustazah. lol. Tapi aku cek balik makna dia actually sangat umum. Maksud dia (ni aku re-phrase ah) menjauhi perkara-perkara syubhah, meninggalkan perkara-perkara selain daripada Allah, puas dengan apa yang ada... sifat yang menjadi pendahulu kepada sifat zuhud. Bila kau ada sifat warak ni, kau faham macam mana nak jadi zuhud.

dan kalau (dan mari kita bersangka baik) driver teksi tu berilmu dia juga tahu makna sebenar apa yang dia sebut tu. Kalau macam tu.. aku rasa...mungkin lah aku.

Biasa ler lepas tulis satu post aku akan tengok balik kebanyakan post2 aku yang terdahulu. Sometimes mebantu untuk evaluate balik, kat mana aku dulu dan kat mana aku sekarang. Dan aku sedar daripada first year lagi, lepas KMB aku dah start cuba nak tolak dunia dan isinya. Aku nak bersendiri, tapi aku tak boleh sendiri sebab itu salah. Aku bertuhan. Tapi aku sebenarnya boleh bersendiri walaupun di tengah-tengah kesibukan kehidupan, berjumpa dengan macam-macam orang kalau dalam hati aku ada Allah. Itu kesedaran yang aku belum capai waktu umur aku 20 tahun.

Time and again.. aku mencari. Tapi sifatnya masih sama, masih di situ, mungkin sejak lahir. Sifat menolak benda yang tak penting.

Aku rasa, S itu merupakan satu beban bagi aku. Tapi aku nampak dia terlalu menarik sampai dengan sengaja aku masih tak nak lepaskan dia walaupun aku sedar dia satu beban yang mengheret aku semakin ke bawah dan ke bawah. Lepas aku liberated masa aku let go emir, aku rasa dah sangat elok dan betul dah jalan aku. Tapi aku amik juga S ni. Dan dari situ hanya turun jarang nak naik. Bila dia takde semnetara waktu, aku maju sikit dengan hidup aku. Tapi bila dia datang balik aku lost balik. Asik2 cakap pasal lost sedangkan aku masih tak lepaskan beban yang menarik aku ke bawah, macam mana nak gerak ke mana-mana?

Kemudian Allah datangkan burung (ke pisau ke whatever lah),untuk mencantas tali yang menghubungkan aku dengan dia. Allah pisahkan diri aku dengan dia secara paksa dan rentapan, semua salah aku juga terlalu lemah tak mahu lepaskan sendiri. Aku mungkin marah pada burung tu, aku mungkin sedih kehilangan benda menarik yang begitu lama aku pegang tak mau lepas. Tapi aku juga sedar beban tu dah hilang dan sekarang aku lebih ringan yang mebuatkan aku mampu 'terbang' kepada Tuhan aku. Now I'm just riding the stream, going with the flow that Allah has decided for me, but also must work to make sure I don't drift ashore and actually stay in the stream.

*Kau bayangkan lah berkerut-kerut makan kat mamak, semua ni (and actually more) in one sitting.

1 comment:

  1. first phase memang susah untuk move on, but I know you can do well than me because you are stronger than me.

    back to the one who mend your broken heart and soul; Allah. you will be better than before and I will (we will - #gengkaripapsardin of course) always be there whenever you need, okay? (bersendirian itu mesti untuk refleks diri tapi jangan time tearing apart pun, nanti kau lagi lost. speak to someone, at least)

    lots of love :')

    ReplyDelete